CARA MEMASANG CAFF DI HUJUNG TANGAN BAJU

Langkah 1 : Lukis caff yang kita kehendaki berdasarkan ukuran pergelangan tangan anda. lukis di atas pengeras bergam, lukis di sebelah yg tidak ada gam

Langkah 2 : Potong caff di atas penggeras bergam tadi dgn menggunakan gunting kertas.

Langkah 3 : lekatkat penggeras bergam yg berbentuk caff tangan anda ke sebelah dlm kain perca yg anda ada. pastikan penggeras bergam betul2 melekat dengan kemas di permukaan sebelah dlm kain.

Langkah 4 : potong satu keping kain lagi mengikut kepingan kain yg telah dilekatkan dgn penggeras bergam tadi.

Langkah 5 : jahit supaya jadi seperti dlm gambarajah di bawah ini.


Tangan baju yg dah siap dipotong mengikut pola tangan di jahit kasar dua line, supaya memudahkkan kerja2 membuat kedutan di hujung tangan baju tersebut


Selepas selesai anda mengkedutkan hujung tangan baju anda, ambil caff yg sudah siap dibalut dgn kain perca tadi dan pasang seperti gambar di atas.. acukan sebelah yg tidak dilekat penggeras ke sebelah dalam tangan baju yg dah siap dikedutkan tadi.. jahit sebaris dan jahitan mesti kemas dan lurus


Hasilnya seperti dalam gambar di atas ini


lipat masukkan caff tadi di sebelah luar tangan baju seperti dalam gambar


dan jahit keliling caff tadi dengan memastikan jahitan kemas dan cantik seperti dlm gambar


anda mesti boleh menjahit caff dihujung tangan baju dengan cantik dan kemas jika anda mempelajari teknik yang betul


gambar di atas menunjukkan hasil jahitan yg telah siapp...selamat mencuba ya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Potong Seluar Slek Wanita Menggunakan Pola

FUNGSI ALAT PENEKAN ( IRON KAYU )

CARA-CARA MEMBUAT POKET BAJU MELAYU