Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 18, 2014

cara lukis lapik leher dan cara memasang lapik leher bulat untuk jubah

Imej
Langkah 1: acukan pola badan baju hadapan ke atas kain gam yg dilipat 2 dan alih tanda lukisan leher ke kertas gam seperti dalam gambar letak basi berpandukan garisan leher tersebut seperti dlm gambar. gambar di atas menunjukkan lapik leher hadapan baju jubah ya kawan2 selesai siapkan lapik leher hadapan kita draw lapik leher bahagian belakang pula. ambil pola bahagian belakang baju draw ikut garisan leher belakang dan letakkkan basi di atas kertas gam seperti di dalam gambar di atas. dah siap lukis lapik leher belakang di atas kertas gam potong ikut bentuk yg anda telah lukis tadi. lekatkan kertas gam di sebelah dlm kain anda seperti dlm gambar di atas ingat ya kawan2.. bahagian yg berkilat di atas kertas gam tu perlu dihalakan di sebelah dlm kain perca kemudian iron dan tekan dgn alat penekan @ iron kayu supaya kemas dan cantik. kemudian jahit tepi di bahagian tepi sebelah luar lapik leher anda. tekapkan lapik leher cantik bertemu

CARA MEMASANG CAFF DI HUJUNG TANGAN BAJU

Imej
Langkah 1 : Lukis caff yang kita kehendaki berdasarkan ukuran pergelangan tangan anda. lukis di atas pengeras bergam, lukis di sebelah yg tidak ada gam Langkah 2 : Potong caff di atas penggeras bergam tadi dgn menggunakan gunting kertas. Langkah 3 : lekatkat penggeras bergam yg berbentuk caff tangan anda ke sebelah dlm kain perca yg anda ada. pastikan penggeras bergam betul2 melekat dengan kemas di permukaan sebelah dlm kain. Langkah 4 : potong satu keping kain lagi mengikut kepingan kain yg telah dilekatkan dgn penggeras bergam tadi. Langkah 5 : jahit supaya jadi seperti dlm gambarajah di bawah ini. Tangan baju yg dah siap dipotong mengikut pola tangan di jahit kasar dua line, supaya memudahkkan kerja2 membuat kedutan di hujung tangan baju tersebut Selepas selesai anda mengkedutkan hujung tangan baju anda, ambil caff yg sudah siap dibalut dgn kain perca tadi dan pasang seperti gambar di atas.. acukan sebelah yg tidak dilekat penggeras ke sebelah dalam tangan baju