Cara Potong Seluar Slek Wanita Menggunakan Pola

ANDA TAHU POTONG KAIN UNTUK SELUAR SLEK?
 cara ni selalu saya guna untuk membuat seluar slek saya..saya tak suka beli seluar kat luar sebab saya selesa pakai seluar yang saya buat sendiri. ni salah 1 seluar jean buatan saya, bidang kain 60 inci. saya beli 1 suku meter sahaja, bagi kawan2 yang lilit punggung melebihi 110 cm perlu beli kain 1.5meter takut tak cukup kain nanti.


ni seluar saya yang dah siap..dah boleh pakai p jalan-jalan


Sebelum potong kain anda perlu buat pola seluar terlebih dahulu. Ukuran-ukuran badan yang anda perlu ambil ialah       1. keliling pinggang
2.keliling punggung
3. labuh seluar yang anda kehendaki
Setelah siap mengambil ukuran baru anda boleh lukis pola..

pola seluar hadapan perlu disiapkan terlebih dahulu, selepas siap pola hadapan seluar baru boleh lukis pola belakang seluar.sila rujuk gambar diatas..
dah siap lukis pola, baru boleh potong kain. kain bahagian hadapan 2keping perlu dipotong kemudian 2keping lagi untuk  kain bahagian belakang seluar.
ni la hasil selepas kain tersebut siap dipotong. selepas selesai memotong anda cantum sisi seluar hadapan dan belakang. jahit mengikut basi yg anda potong. kemudian cantum di bahagian sebelah lagi, siapkan sebelah kanan kaki seluar dahulu. selepas itu, anda ulang step tadi untuk siapkan kaki seluar sebelah kiri pula. dah siap ada kaki kiri dan kanan baru anda jahit cawat seluar bahagian belakang seluar hadapan temukan bahagian belakang seluar belakang. cawat bahagian depan seluar sebelah kanan temukan dengan cawat hadapan kiri seluar.. pastu jahit ben pinggang dan letak getah keliling.. siap sehelai seluar





seluar yang dah siap dan sedia dipakai..selamat mencuba

Ulasan

  1. Salam. Brapa harga kain yg awak beli ni ya? Nak cubar jugak lh buat. Nampak selesa :)

    BalasPadam
  2. Salam. Brapa harga kain yg awak beli ni ya? Nak cubar jugak lh buat. Nampak selesa :)

    BalasPadam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini..
    Saya sekeluarga ambil ilmu jahitannya sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya...

    BalasPadam
  4. SALAM...camne nk buat kocek??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FUNGSI ALAT PENEKAN ( IRON KAYU )

CARA-CARA MEMBUAT POKET BAJU MELAYU