Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 24, 2014

CARA-CARA MEMBUAT POKET BAJU MELAYU

Imej
ANDA INGIN POKET BAJU MELAYU YANG ANDA JAHIT CANTIK DAN KEMAS?
NI SALAH SATU CARA YANG BOLEH ANDA CUBA UNTUK MENGHASILKAN POKET BAJU MELAYU YANG KEMAS DAN MUDAH UNTUK MENCUBANYA...


SEPERTI YANG ANDA LIHAT DALAM GAMBARAJAH DI ATAS, ANDA PERLU MELUKIS BENTUK POKET YANG ANDA KEHENDAKI DI ATAS KERTAS KERAS.. KEMUDIAN POTONG KAIN MENGIKUT POLA POKET YANG TELAH SIAP ANDA BUAT. BASI KAIN DI ATAS MULUT POKET 5CM,UNTUK BASI KELEPET. SEKELILING POLA TINGGALKAN BASI 1.5CM SAHAJA..KEMUDIAN GUNTING KAIN TERSEBUT.


JAHIT MULUT POKET DENGAN KELEPET LIPAT KE DALAM 1.5 CM, DAN KEMUDIAN LIPAT KELEPET 3.5CM SEPERTI DALAM GAMBARAJAH DI ATAS..


LETAK KERTAS KERAS DI ATAS POKET YANG TELAH SIAP DIJAHIT MULUTNYA SEPERTI DALAM GAMBARAH. SEBELUM ANDA SETERIKA POKET ANDA, PASTIKAN KERTAS KERAS TERSEBUT DIGOSOK DENGAN SABUN MANDI  DAHULU.. SABUN MANDI TERSEBUT BERTINDAK SEBAGAI GAM UNTUK KEMASKAN POKET ANDA. SAYA MENGGUNAKAN SABUN BUKU ADALAH DISEBABKAN, SABUN BOLEH KELUAR APABILA DIBASUH BAJU TERSEBUT..BAJU ANDA …

KELAS JAHITAN SECARA PERSENDIRIAN.

Imej
ANDA INGIN MENJAHIT BAJU? TAK TAHU INGIN BELAJAR DI MANA? ANDA TERCARI-CARI KELAS JAHITAN HARI SABTU DAN AHAD?
BENGKEL JAHITAN RIFHANA STYLE MENERIMA PELAJAR YANG MAHU BELAJAR MENJAHIT PADA HUJUNG MINGGU

KAMI MENGADAKAN KELAS JAHITAN MENGIKUT JENIS PAKAIAN YANG ANDA SENDIRI KEHENDAKI.

BILANGAN PELAJAR UNTUK SETIAP SESI HANYA MAX 4 ORG SAHAJA..ANDA BERPELUANG BELAJAR SEHINGGA FAHAM.

BAGAIMANA INGIN BELAJAR DI BENGKEL JAHITAN RIFHANA STYLE?
1. KUMPUL KUMPULAN ANDA SENDIRI SEKURANG-KURANGNYA 3ORG.
2. HUBUNGI KAMI UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN TARIKH BELAJAR
3. ANDA BOLEH MENDAFTAR BILA-BILA MASA YANG ANDA SUKA..

DAFTAR SEGERA SEMENTARA KELAS JAHITAN MASIH DIBUKA