Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PASANG CAFF DIHUJUNG TANGAN BAJU

CARA MEMASANG CAFF DI HUJUNG TANGAN BAJU

Imej
Langkah 1 : Lukis caff yang kita kehendaki berdasarkan ukuran pergelangan tangan anda. lukis di atas pengeras bergam, lukis di sebelah yg tidak ada gam Langkah 2 : Potong caff di atas penggeras bergam tadi dgn menggunakan gunting kertas. Langkah 3 : lekatkat penggeras bergam yg berbentuk caff tangan anda ke sebelah dlm kain perca yg anda ada. pastikan penggeras bergam betul2 melekat dengan kemas di permukaan sebelah dlm kain. Langkah 4 : potong satu keping kain lagi mengikut kepingan kain yg telah dilekatkan dgn penggeras bergam tadi. Langkah 5 : jahit supaya jadi seperti dlm gambarajah di bawah ini. Tangan baju yg dah siap dipotong mengikut pola tangan di jahit kasar dua line, supaya memudahkkan kerja2 membuat kedutan di hujung tangan baju tersebut Selepas selesai anda mengkedutkan hujung tangan baju anda, ambil caff yg sudah siap dibalut dgn kain perca tadi dan pasang seperti gambar di atas.. acukan sebelah yg tidak dilekat penggeras ke sebelah dalam tangan baju...