CARA-CARA MEMBUAT POKET BAJU MELAYU


ANDA INGIN POKET BAJU MELAYU YANG ANDA JAHIT CANTIK DAN KEMAS?

NI SALAH SATU CARA YANG BOLEH ANDA CUBA UNTUK MENGHASILKAN POKET BAJU MELAYU YANG KEMAS DAN MUDAH UNTUK MENCUBANYA...



SEPERTI YANG ANDA LIHAT DALAM GAMBARAJAH DI ATAS, ANDA PERLU MELUKIS BENTUK POKET YANG ANDA KEHENDAKI DI ATAS KERTAS KERAS.. KEMUDIAN POTONG KAIN MENGIKUT POLA POKET YANG TELAH SIAP ANDA BUAT. BASI KAIN DI ATAS MULUT POKET 5CM,UNTUK BASI KELEPET. SEKELILING POLA TINGGALKAN BASI 1.5CM SAHAJA..KEMUDIAN GUNTING KAIN TERSEBUT.



JAHIT MULUT POKET DENGAN KELEPET LIPAT KE DALAM 1.5 CM, DAN KEMUDIAN LIPAT KELEPET 3.5CM SEPERTI DALAM GAMBARAJAH DI ATAS..



LETAK KERTAS KERAS DI ATAS POKET YANG TELAH SIAP DIJAHIT MULUTNYA SEPERTI DALAM GAMBARAH. SEBELUM ANDA SETERIKA POKET ANDA, PASTIKAN KERTAS KERAS TERSEBUT DIGOSOK DENGAN SABUN MANDI  DAHULU.. SABUN MANDI TERSEBUT BERTINDAK SEBAGAI GAM UNTUK KEMASKAN POKET ANDA. SAYA MENGGUNAKAN SABUN BUKU ADALAH DISEBABKAN, SABUN BOLEH KELUAR APABILA DIBASUH BAJU TERSEBUT..BAJU ANDA TIDAK TERCEMAR DENGAN KOTORAN DEGIL. NAK TAHU KEBENARANNYA ANDA PERLU MENCUBA TERLEBIH DAHULU..


KEMUDIAN ANDA TEKANKAN SETERIKA DI ATAS POKET ANDA MENGIKUT POLA POKET KERTAS KERAS TERSEBUT..TIRU SEPERTI DALAM GAMBARAJAH DI ATAS..


GAMBARAJAH DI ATAS MENUNJUKKAN POKET ANDA YANG TELAH SIAP DI SETERIKA. BUANG KERTAS POLA POKET DAN DAPATKAN HASIL SEPERTI DALAM GAMBARAJAH.


HASIL POKET BAJU MELAYU YANG SIAP, DAN SEDIA DIPASANG KE BADAN BAJU MELAYU.


ANDA PERLU MEMBUAT GARISAN DI ATAS BAJU MELAYU SEPERTI DALAM GAMBARAJAH DI ATAS..GUNAKAN SETERIKA UNTUK MEMBENTUK RUANG POKET SUPAYA BAJU ANDA TIDAK KOTOR DENGAN LUKISAN KAPUR ATAU CONTENGAN-CONTENGAN YANG LAIN.


SIAP DAH PASANG POKET KAT BAJU, BARU BOLEH ANDA PASANG TERTULANG BAJU MELAYU, KEMUDIAN CANTUM BAHU BAJU, KEMUDIAN PASANG KOLAR CEKAK MUSANG.
NANTI SAYA AJAR CARA NAK BUAT TERTULANG BAJU MELAYU PULAK
SELAMAT BELAJAR.

Ulasan

  1. Salam.. blh gtau x dgn detail.. sblum gunting.. sy nk tau cmne nk lukis kt krtas klu sy x tau brpe ukurannya.. tq.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

FUNGSI ALAT PENEKAN ( IRON KAYU )

Cara Potong Seluar Slek Wanita Menggunakan Pola